Cari:
Kesalinghubungan Sediakan Peluang Baharu Kepada Jiran APEC
2014-11-10 14:31:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Dalam perbincangan Sidang Kemuncak CEO APEC yang diadakan semalam, pemimpin dari empat negara jiran telah menerangkan pendirian mereka tentang Kawasan Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 serta kesalinghubungan. Mereka berpendapat bahawa berlatarbelakangkan globalisasi ekonomi dan integrasi ekonomi serantau, kesalinghubungan boleh membawa peluang baharu kepada kerjasama dan pertumbuhan.

Sebagai tiga anggota penting dalam ASEAN, Myanmar, Laos dan Kemboja telah menjalinkan kerjasama dan kesalinghubungan dalam pertubuhan tersebut. Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan bahawa kesalinghubungan dalam sektor tenaga, kargo, pengangkutan dan logistik seharusnya dikembangkan dalam kawasan APEC dan ASEAN.

Presiden China, Xi Jinping dalam sidang dialog antara tuan rumah dengan rakan dialog yang diadakan pada 8 November lalu menyatakan bahawa pembinaan bersama Kawasan Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 selaras dengan kesalinghubungan dan saling melengkapi. Beliau mengumumkan, China akan memperuntukkan USD40 bilion untuk menubuhkan Tabung Laluan Sutera, selain mengemukakan pelbagai cadangan bagi menggalakkan kesalinghubungan.

Sebagai negara yang mempunyai lokasi yang baik dalam kawasan ekonomi itu, Myanmar bersedia menjadi pangkalan logistik yang penting bagi Asia Timur dan Tenggara. Presiden Myanmar U Thein Sein berharap dapat membantu pelbagai negara mengurangkan jarak pengangkutan laut dan meningkatkan keefisienan pengangkutan. Beliau menambah bahawa Myanmar bersedia meningkatkan kesalinghubungan dengan negara-negara di rantau Asia-Pasifik.

Presiden Laos, Choummaly Sayasone menyatakan bahawa persidangan APEC kali ini menyediakan peluang baharu bagi pelbagai entiti ekonomi di Asia-Pasifik dan merupakan wadah penting bagi menggalakkan pertumbuhan serantau secara berterusan serta membawa faedah yang benar kepada Laos.

Presiden Bangladesh, Abdulla Hameed berkata bahawa negara itu amat mementingkan hubungan kerjasama dengan anggota APEC dan berharap dapat membina mekanisme kerjasama dengan anggota APEC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China