Cari:
Yang Xiuping: Prospek Kerjasama China-ASEAN Cerah
2014-11-11 16:55:00 CRI Cetak
Siri persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur yang bertemakan "bersatu padu ke arah komuniti yang damai dan makmur" akan diadakan di Naypyidaw, Myanmar pada 12 hingga 13 November. Perdana Menteri China, Li Keqiang akan mengetuai delegasi China menghadiri sidang tersebut. Duta Besar China ke ASEAN, Yang Xiuping ketika diwawancara oleh wartawan menyatakan bahawa prospek kerjasama China-ASEAN akan lebih cerah sekiranya kedua-dua pihak berusaha bersama-sama di bawah rangka kerjasama "2+7" dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Yang Xiuping berkata, sejak terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN pada 23 tahun yang lalu, kerjasama yang mendalam antara kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang bukan sahaja menggalakkan pembangunan ekonomi pelbagai negara, malah juga membantu memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

Beliau mengatakan bahawa Presiden China, Xi Jinping pada tahun lepas mengemukakan cadangan untuk menubuhkan komuniti China-ASEAN yang berkongsi nasib bersama dan ini telah memberi garis panduan bagi perkembangan hubungan China-ASEAN dalam jangka masa yang panjang. Kedua-dua pihak telah memulakan rundingan tentang penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) untuk meneroka lagi potensi kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Ekonomi dan perdagangan merupakan asas kerjasama pragmatik China-ASEAN. Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) akan siap dibina pada tahun 2015 dan ia menarik perhatian ramai. Pada masa ini, situasi Asia Timur stabil, manakala membangun bersama demi kebaikan bersama telah menjadi tema utama dalam kerjasama negara-negara Asia Timur. Walau bagaimanapun, Asia Timur juga menghadapi cabaran seperti tekanan ekonomi yang meningkat, ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional, dan lain-lain. Yang Xiuping berpendapat bahawa masalah-masalah tersebut tidak patut dielakkan atau dibesar-besarkan, ia harus diselesaikan bersama melalui rundingan.

Ketika mengulas tentang persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur kali ini, Yang menyatakan bahawa China akan berusaha memperkukuh asas kerjasama Asia Timur, mempergiat lawatan peringkat tinggi dan berusaha bersama untuk menggalakkan sidang tersebut mencapai hasil yang memberangsangkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China