Cari:
Xi: Integrasi Ekonomi Serantau Harus Dipacu
2014-11-11 12:25:33 CRI Cetak

Presiden Xi Jinping menyifatkan prospek China sebagai amat cemerlang.

Demikian dinyatakan beliau sempena sesi temu ramah bersama wakil-wakil Majlis Penasihat Perindustrian dan Perniagaan serta pemimpin-pemimpin anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Beijing semalam.

Xi menyatakan, China bukan sahaja mendapat manfaat daripada kerjasama serantau, malahan menjadi pengusul dan pemangkin terhadap kerjasama berkenaan. Negara ini sedia aktif mempergiatkan usaha melicinkan kegiatan pelaburan dan perdagangan antara negara-negara di rantau ini, mempercepat integrasi ekonomi dan mendorong perkembangan serta kemakmuran serantau.

Menurut beliau, APEC harus menguasai situasi semasa rantau dan global serta kecenderungan ekonomi dunia pada masa kelak demi menyuntik tenaga baharu kepada pertumbuhan Asia Pasifik malahan seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China