Cari:
Ucapan Presiden Xi pada Mesyuarat AELM
2014-11-11 15:23:57 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan dalam sesi pertama Mesyuarat ke-22 Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dirasmikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Tasik Yanqi Beijing pagi tadi.

Xi berkata, APEC patut memainkan peranan sebagai peneraju dan penyelaras, menghapuskan pelbagai halangan supaya mewujudkan keterbukaan, interaksi dan penggabungan yang lebih meluas, berprofil lebih tinggi dan lebih mendalam di rantau Asia-Pasifik. Pihak-pihak berkenaan perlu memperjuangkan Matlamat Bogor dan menggalakkan proses Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik (APFTA), menetapkan sasaran, hala tuju dan peta garisan yang jelas, supaya matlamat integrasi trans pasifik yang tahap keterbukaannya tinggi menjadi kenyataan secepat mungkin.

Selain itu, beliau juga menekankan bahawa usaha membina infrastruktur dan mewujudkan kesalinghubungan yang komprehensif perlu dipergiatkan. Tidak kira kesalinghubungan jalan raya, landasan kereta api, laluan pelayaran atau pun internet, di mana-mana ada laluan, di situlah ada kerjasama yang dijalankan. Kesalinghubungan juga boleh lihat sebagai penyambung hati dengan hati. Apabila saling memahami, semua pihak lebih akan mudah menangani pelbagai masalah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China