Cari:
Media Indonesia Menilai Positif Sidang Kemuncak APEC 2014
2014-11-11 15:14:00 CRI Cetak

Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2014 yang sedang diadakan di Beijing menarik tumpuan perhatian media pelbagai negara di dunia. Media Indonesia di samping memberikan perhatian kepada Presiden baharu negara itu, Joko Widodo yang tampil untuk kali pertama di arena antarabangsa, turut memberikan penilaian positif terhadap hasil persidangan dan prestasi yang tercapai oleh tuan rumah kali ini.

Laman sesawang Okezone Indonesia dalam ulasannya menyatakan bahawa dalam tempoh persidangan kali ini, anggota-anggota APEC telah mencapai beberapa konsensus mengenai Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik (APFTA) dan menggalakkan kesalinghubungan serantau. Laman sasawang itu memetik kenyataan sarjana Pusat Kajian APEC bahawa mewujudkan kesalinghubungan menyeluruh dan melaksanakan kerjasama pembinaan infrastruktur akan membantu meningkatkan kualiti dan keberkesanan integrasi ekonomi Asia-Pasifik serta merealisasikan perdagangan bebas di rantau ini.

Akhbar Sin Chew Daily Indonesia mengulas bahawa topik perbincangan utama dalam persidangan APEC kali ini berkisar pada prinsip asas APEC yang mengutamakan usaha menggalakkan perdagangan bebas dan integrasi ekonomi serantau, dengan matlamat merapatkan hubungan perkongsian Asia-Pasifik melalui kerjasama ekonomi dan teknikal. China sebagai tuan rumah, sedang berada dalam tempoh dinamik yang menyaksikan kekuatan ekonomi dan kedudukan antarabangsa semakin meningkat. Bagaimana memanfaatkan kesempatan ini untuk membentuk struktur Asia-Pasifik berlatarbelakangkan keadaan dan cabaran baharu, bukan sahaja menunjukkan kepemimpinan China, tetapi juga menentukan masa depan perkembangan APEC.

Sebelum sidang kemuncak tidak rasmi kali ini diadakan, akhbar The Jakarta Post telah menerbitkan rencana yang ditulis oleh Pengerusi Bersama Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik, Jusuf Wanandi. Manurutnya, APEC menggabungkan anggota-anggotanya melalui rangka kerjasama yang proaktif. Presiden China, Xi Jinping ketika melawat ke Indonesia sebelum menghadiri persidangan APEC di Bali pada tahun lalu, mencadangkan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB). Kini, kerjasama kewangan antara negara-negara Asia terutama memfokuskan peraturan bantuan kecairan kecemasan di bawah Inisiatif Chiang Mai. Namun dalam bidang pembangunan, walaupun adanya Bank Pembangunan Asia (ADB), masih terdapat kekurangan dana yang besar. AIIB diyakini dapat membantu menangani masalah ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China