Cari:
Tebusan AS Dibunuh oleh IS
2014-11-17 14:01:52 CRI Cetak

Tentera kerajaan Iraq berjaya mempecahkan kepungan kumpulan pelampau Negara Islam (IS) terhadap kilang penapisan minyak Baiji, iaitu kilang penapisan minyak yang terbesar di Iraq semalam berikutan mereka menawan semula bandar Baiji pada 14 November lalu.

Pasukan Bantuan PBB di Iraq mengeluarkan pengumuman semalam yang menyebut satu konvoi kereta yang membawa pegawai PBB diserang letupan di Baghdad, namun tidak mengakibatkan kematian atau kecederaan. Wakil Khas Setiausaha Agung PBB atas Masalah Iraq merangkap ketua delegasi PBB, Nickolay Mladenov berkata, serangan itu tidak akan menggoyahkan tekad PBB untuk terus membantu rakyat Iraq.

Pada hari yang sama, presiden A.S., Barak Obama mengesah tebusan dari negara itu, Peter Kassig telah terbunuh oleh kumpulan IS.

Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, pembunuhan tebusan A.S. dan askar Syria merupakan jenayah IS terhadap umat manusia, dan Perancis tidak akan membiarkannya sahaja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China