Cari:
Bantuan Kemanusiaan Kumpulan Ke-7 Rusia kepada Ukraine
2014-11-17 11:07:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak

 

Rusia menyalurkan barang bantuan kemanusiaan kumpulan ketujuh kepada Ukrain semalam.

Menurut jurucakap Kementerian Situasi Kecemasan Rusia, Oleg Voronov, pihaknya menghantar 74 trak yang membawa bahan bantuan seberat 450 tan kepada kawasan timur Ukraine. Antara bahan bantuan itu termasuk peralatan elektrik, fuel, minyak pelincir dan bakan pembinaan. Selepas memasuki wilayah Ukraine, 54 buah trak menuju ke negeri Donetsk, manakala 20 buah lain pergi ke negeri Luhansk Oblast.

Situasi kemanusiaan di kawasan timur Ukraine yang dilanda konflik berterusan amat serius. Rusia telah menghulurkan barang bantuan kemanusiaan seberat lebih 8,000 tan kepada kawasan itu sejak Ogos lalu. Pihak berkuasa Ukraine dan negara Barat menentang bantuan tersebut kerana bimbang Rusia mencerobohi Ukraine dan memberikan senjata kepada kumpulan militan. Namun dakwaan itu ditolak oleh Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China