Cari:
Sidang Kemuncak G20 Berakhir
2014-11-17 08:29:01 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-9 selama dua hari yang berakhir di Brisbane, Australia meluluskan Kenyataan Bersama semalam. Selain itu, Pelan Tindakan Brisbane yang diluluskan dalam sidang kemuncak itu mengemukakan lebih 1000 tindakan konkrit demi memacu pertumbuhan ekonomi global, memberikan lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan liberalisasi perdagangan.

Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan, membina ekonomi dunia yang dinamik dan menegaskan pentingnya badan global merupakan tiga topik utama yang ditetapkan oleh pengerusi bergilir Australia dalam sidang kemuncak kali ini. Para pemimpin telah mengadakan rundingan mengenai ketiga-tiga topik tersebut.

Kenyataan Bersama menyimpulkan persepakatan pemimpin pelbagai negara dalam tiga sektor tersebut. Menurut Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, kerajaan pelbagai negara akan giat melaksanakan Pelan Tindakan Brisbane dalam lima tahun akan datang. Justeru, ekonomi global akan meningkat lagi 2.1% berdasarkan unjuran pada masa ini selain mewujudkan nilai pengeluaran sejumlah USD 2 trilion dan memberikan beberapa juta peluang pekerjaan.

Sidang Kemuncak G20 akan diadakan di Turki pada tahun depan. China akan menjadi tuan rumah pada tahun 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China