Cari:
Hubungan Rakan Strategik Menyeluruh China-Australia Terjalin
2014-11-17 16:44:23 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di Canberra, Australia hari ini. Mereka mengumumkan hubungan dua hala China-Australia ditingkatkan ke tahap hubungan rakan strategik menyeluruh. Selain itu, mereka juga mengumumkan rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas substantif antara kedua-dua negara ini diselesaikan.

Rundingan tersebut bermula pada April tahun 2005. Menurut hasil rundingan, Australia membatalkan kesemua tarif terhadap produk China, di samping itu, China membatalkan tarif majoriti produk Australia, membuat komitmen membuka pintu yang melibatkan pelbagai bidang antara satu sama lain, dan memberikan status keutamaan perdagangan antara satu sama lain selepas perjanjian itu berkuatkuasa. Dalam pada itu, kedua-dua negara ini akan masing-masing melonggarkan syarat pemeriksaan pelaburan syarikat, dan memudahkan akses pasaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China