Cari:
FTA China-Australia Untungkan Semua
2014-11-18 15:28:38 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott yang mengadakan pertemuan di Canberra semalam, mengumumkan bahawa rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara kedua-dua pihak yang sudah berlangsung selama sembilan tahun diselesaikan.

Apa maknanya FTA ini bagi China dan Australia? Secara ringkasnya, perjanjian ini akan menyediakan suasana yang lebih baik, pasaran yang lebih luas dan jaminan sistem yang lebih sempurna bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara. Menurut hasil rundingan, Australia akan melaksanakan tarif sifar terhadap semua produk yang diimport dari China, manakala China akan membatalkan tarif bagi majoriti produk Australia. Kedua-dua pihak juga komited membuka sektor perkhidmatan kepada satu sama lain. Dalam bidang pelaburan pula, kedua-dua pihak bersetuju saling memberikan Layanan Negara Istimewa (MFN) selepas perjanjian berkenaan berkuat kuasa, di samping melonggarkan syarat pemeriksaan terhadap pelaburan korporat, memudahkan akses pasaran, serta meningkatkan kebolehramalan dan ketelusan dalam pelaburan tersebut. FTA ini meliputi lebih sepuluh bidang termasuk perdagangan barangan dan perkhidmatan, pelaburan serta peraturan perdagangan.

Ekonomi China dan Australia saling melengkapi. Penandatanganan FTA ini memang menguntungkan kedua-dua pihak. Bagi golongan peniaga tenusu Australia, produk mereka akan lebih berdaya saing di pasaran China berikutan pelaksanaan dasar tarif baharu. Pada masa yang sama, pelabur China juga akan memperoleh ruang pasaran yang lebih besar di Australia.

Selain itu, FTA ini juga bermanfaat bagi pembaharuan dan pengubahsuaisan struktur ekonomi kedua-dua negara. Ia bukan sahaja menyediakan peluang kepada Australia untuk berkongsi faedah daripada pembangunan ekonomi China, tetapi juga menyuntik momentum untuk pembaharuan China. Menteri Perdagangan dan Pelaburan Australia, Andrew Robb berkata, China sudah berjaya membebaskan 500 juta rakyatnya daripada belenggu kemiskinan, dan sedang berusaha meningkatkan taraf hidup 700 juta orang. Perdagangan yang lebih bebas antara kedua-dua negara akan menyediakan peluang pekerjaan yang cukup banyak, khususnya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Australia.

Pemeteraian FTA China-Australia juga amat bermakna bagi dunia. Sebagai entiti ekonomi ke-12 terbesar, Australia akan menjadi entiti ekonomi maju terbesar yang menandatangani FTA dengan China. Maka, perjanjian tersebut akan membawa kesan limpahan yang lebih besar. Dalam pada itu, Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Asia Timur, Universiti Kebangsaan Australia, Peter Drysdale menyifatkan perjanjian ini sebagai langkah penting untuk memperluas perdagangan bebas di rantau Asia Pasifik. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China