Cari:
Rusia Gesa A.S. Kongsi Gambar Satelit Pesawat MH17
2014-11-18 14:42:25 CRI Cetak

Rusia menuntut A.S. berkongsi gambar satelit yang merakamkan proses pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas untuk menyiasat punca nahas itu.

Demikian dikatakan oleh Wakil Tetap Rusia ke Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), Andrey Kelin ketika diwawancara oleh TV "Rusia-24" semalam.

Beliau berkata, Rusia dengan tegas menuntut A.S. supaya menyediakan gambar satelit kerana negara itu mustahil tidak melihat apa yang telah berlaku semasa pesawat itu terhempas. Tambahnya, rekod perbualan pesawat MH17 dengan pihak darat pula amat penting dan Ukraine patut menyerahkan bahan berkaitan.

Kelin menegaskan, penyiasatan tentang nahas MH17 mesti dijalankan secara menyeluruh.

Jawatankuasa Keselamatan Belanda mengeluarkan pengumuman pada 16 November lalu bahawa pemindahan serpihan pesawat MH17 telah dimulakan di tempat nahas di timur Ukraine. Serpihan akan dihantar ke Belanda untuk disiasat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China