Cari:
EU akan Hantar Delegasi Penasihat Khas ke Ukraine
2014-11-18 14:43:45 CRI Cetak

Kesatuan Eropah (EU) menyeru pelbagai pihak melaksanakan perjanjian Minsk di samping menyeru mereka menghormati gencatan senjata, mengundurkan kumpulan militan dan kemudahan tentera yang haram supaya menjamin keselamatan sempadan Rusia dengan Ukraine.

Menteri-menter Luar anggota EU mengadakan rundingan di Brussel semalam. Mereka telah menilai situasi Ukraine dan menyeru EU mengemukakan rancangan untuk memasukkan militan di Timur Ukranine dalam senarai sekatan. EU akan membuat keputusan pada penghujung bulan ini.

Wakil Kanan EU atas dasar luar dan keselamatan, Federica Mogherini dan Menteri Luar Ukraine menandatangani perjanjian semalam, bersetuju untuk menghantar kumpulan penasihat EU untuk membantu pembaharuan keselamatan awam di Ukraine.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China