Cari:
Sidang Menteri Luar EU Tidak Keluarkan Sekatan Baharu Terhadap Rusia
2014-11-18 14:50:31 CRI Cetak

Menteri-menteri Luar dari 28 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) berkumpul di Brussel untuk membincangkan masalah Ukraine semalam.

Resolusi yang dikeluarkan mesyuarat itu tidak menyebut tentang sekatan baharu terhadap Rusia, selain hanya menegaskan pentingnya perjanjian Minsk bagi penyelesaian krisis Ukraine. EU menyeru pihak-pihak terlibat supaya melaksanakan perjanjian Minsk di samping menyeru mereka menghormati gencatan senjata, mengundurkan kumpulan militan haram dan kemudahan tentera untuk menjamin keselamatan sempadan Rusia dengan Ukraine. Resolusi itu juga menegaskan Rusia perlu mematuhi tanggungjawabnya yang termaktub dalam perjanjian Minsk.

Wakil Kanan EU atas dasar luar dan Keselamatan, Federica Mogherini berkata, sekiranya EU ingin mengenakan sekatan baharu terhadap Rusia, dialog dengan Rusia patut diadakan. Di samping itu, Ukraine juga perlu menjalankan pembaharuan.

Selain itu, EU sekali lagi mengiktiraf keputusan pemilihan parlimen Ukraine yang diadakan pada 26 Oktober lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China