Cari:
Forum Datuk Bandar China-New Zealand Dirasmikan
2014-11-21 10:48:49 CRI Cetak

Forum Datuk Bandar China-New Zealand dirasmikan di Auckland hari ini. Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri New Zealand, John Key menghadiri upacara perasmian tersebut.

Xi dalam ucapannya berkata, China dan New Zealand saling melengkapi dalam bidang ekonomi, manakala rakyat kedua-dua negara mempunyai persahabatan yang rapat, aktiviti pertukaran sering dilakukan antara kedua-dua negara dan telah mencapai hasil yang memuaskan. China dan New Zealand telah menaiktaraf hubungan dua hala ke tahap rakan strategik menyeluruh yang telah membuka era baharu interaksi dan kerjasama kedua-dua negara.

Menurut Presiden Xi, usaha China mempercepat perindustrian baharu, perbandaran dan pemodenan pertanian. Semua ini turut menawarkan peluang kepada New Zealand dan menyediakan ruang kerjasama yang lebih besar.

John Key pula menyatakan bahawa lawatan Presiden Xi ini telah mendorong hubungan rakan strategik menyeluruh kedua-dua negara. Beliau berharap bandar-bandar persahabatan kedua-dua negara terus memainkan peranan dalam meningkatkan kerjasama, mendorong pertukaran kalangan rakyat supaya hubungan kedua-dua negara dapat mencapai hasil yang baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China