Cari:
Shinzo Abe Bubarkan Dewan Perwakilan
2014-11-21 14:37:35 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe membubarkan Dewan Perwakilan Jepun pagi tadi. Ini bagi mengawalkan pilihan raya.

Kerajaan Jepun meluluskan keputusan kabinet untuk membubarkan Dewan Perwakilan pagi tadi. Menurut prosedur berkenaan, keputusan tersebut akan diserahkan kepada Raja Jepun untuk diperkenan baginda.

Setelah Dewan Perwakilan dibubarkan, mesyuarat kabinet sementara diadakan hari ini untuk menetapkan agenda pilihan raya. Dimaklumkan calon akan diumumkan pada 2 Disember manakala pengundian pada 14 Disember. Parti atau pakatan parti yang memenangi lebih separuh kerusi layak mencalonkan perdana menteri yang baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China