Cari:
Persidangan Internet Dunia Berakhir
2014-11-21 17:10:58 CRI Cetak

Persidangan Internet Dunia pertama berakhir di Wuzhen, provinsi Zhejiang petang tadi. Naib Menteri Industri dan Maklumat China, Shang Bing dalam upacara penututp tersebut menyatakan bahawa China akan menggiatkan kerja dari lima aspek untuk mendorong perkembangan industri internet supaya ia memainkan peranan yang lebih penting dalam pembangunan ekonomi negara.

Beliau berkata, kerajaan akan mempercepat pembinaan infrastruktur jalur lebar kerana ia asas perkembangan internet. Selain itu, China perlu meneroka dan menggabungkan sektor baharu, dan membentuk model inovasi yang bersepadu. Kerajaan akan meningkatkan perlindungan harta intelek, menyokong syarikat menjalankan inovasi teknologi, produk dan model perniagaan supaya meningkatkan daya saing industri internet China di arena antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China