Cari:
Ban Ki-moon: Wabak Ebola Dijangka Dapat Dikawal Pertengahan 2015
2014-11-22 15:12:36 CRI Cetak

Penularan wabak Ebola dijangka dapat dikawal di negara-negara Afrika Barat pada pertengahan tahun 2015 asalkan masyarakat antarabangsa terus memperhebat usaha menangani wabak itu. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon selepas mengadakan rundingan dengan Presiden Bank Dunia, Kim Jim-Yong dan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr. Margaret Chan di Washington semalam.

Ban Ki-moon berkata, kemajuan dicapai di beberapa tempat yang melaksanakan usaha mengawal dengan bersungguh-sungguh. Peningkatan kes jangkitan baharu didapati semakin perlahan.

Bagaimanapun, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap penularan wabak di Mali baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, Dr. Margaret Chan akan berlepas ke negara itu untuk membincangkan kaedah mencegah wabak Ebola di sana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China