Cari:
Media Asing: China Tunjukkan Keyakinan dalam Dunia Internet
2014-11-22 15:13:47 CRI Cetak

Persidangan Internet Dunia Pertama yang diadakan di Wuzhen, Provinsi Zhejiang China pada 19 hingga 21 November lalu menjadi tumpuan perhatian media-media pelbagai negara.

Menurut laporan Agensi Berita Bloomberg, AS bahawa penganjuran Persidangan Internet Dunia memperlihatkan hasarat China untuk mengetengahkan diri sebagai peserta yang dihormati dan mendapat perhatian di arena antarabangsa. Laporan itu juga memetik kenyataan Profesor Wang Yukai dari Akademi Pentadbiran Negara China bahawa antara isyarat utama daripada persidangan itu adalah China sedang mempercepat usaha untuk memartabatkan diri sebagai negara gergasi dalam industri internet.

Agensi Berita Latina, Cuba pula memetik pandangan pakar sebagai berkata, selaku peserta penting dalam bidang internet, China sedang berusaha untuk mengubah peranannya dalam usaha mengawal ruangan siber, selain memperlihatkan keyakinan dalam menghadapi ancaman siber dan memperluas kerjasama antarabangsa dalam bidang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China