Cari:
China Komited Banteras Serangan Penggodam
2014-11-22 15:14:40 CRI Cetak

Kerajaan China komited membanteras kegiatan yang menjejaskan keselamatan siber, termasuk serangan penggodam. Di samping itu, AS diharapkan menghentikan kritikan yang tidak berasas terhadap China dalam hal ini. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang akhbar semalam.

Ketika mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Negara AS yang mendakwa China berkemampuan untuk melumpuhkan kemudahan infrastruktur utama di AS dengan serangan penggodam menerusi internet, jurucakap itu berkata China antara negara yang mengalami serangan siber paling teruk di dunia. Menurut statistik dari pihak China, sejumlah besar daripada serangan siber itu adalah dilancarkan dari AS. Kegiatan yang menjejaskan keselamatan siber termasuk melancarkan serangan penggodam adalah diharamkan menurut undang-undang China.

Tambah jurucakap itu, AS diharap mengambil tindakan yang realistik demi memelihara keamanan dan keselamatan ruang siber.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China