Cari:
Sichuan Dilanda Gempa Bumi 6.3
2014-11-23 14:54:04 CRI Cetak

Kaunti Kangding, Daerah Autonomi Ganzi yang berpenduduk Etnik Tibet, Provinsi Sichuan, China dilanda gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter semalam. Menurut statistik peringkat awal, dua orang maut, sedangkan 42 orang lagi cedera, dan 55 ribu orang menjadi mangsa.

Presiden China, Xi Jinping yang sedang melawat ke Fiji mengarahkan kerajaan provinsi Sichuan dan badan-badan berkenaan segera melaksanakan operasi menyelamat, meningkatkan penyeliaan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya bencana susulan, dan memastikan hidup harian orang awam terjamin.

Perdana Menteri Li Keqiang pula mengarahkan badan terbabit meningkatkan usaha dalam mengumpulkan maklumat bencana berkenaan dan bersungguh-sungguh melaksanakan operasi menyelamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China