Cari:
China Optimistik Terhadap Rundingan Nuklear Iran
2014-11-25 11:58:06 CRI Cetak

Menteri luar dari enam negara (AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman) serta Iran mengadakan rundingan dua hala dan berbilang hala secara intensif di Vienna semalam. Pelbagai pihak bersepakat bahawa rundingan berkenaan telah mencapai kemajuan penting, yang menjadi asas kukuh untuk memuktamadkan perjanjian isu nuklear Iran. China optimistik terhadap prospek rundingan itu.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi di Vienna semalam selepas rundingan berkenaan berakhir.

Wang berkata, pihak-pihak terlibat menyatakan kesediaan untuk meneruskan rundingan, di samping berusaha agar perjanjian rangka bahkan perjanjian komprehensif dapat dicapai dalam masa beberapa bulan akan datang.

Tambah beliau, cadangan bersifat membina yang dikemukakan China dalam rundingan tersebut diterima oleh pelbagai pihak, dan memainkan peranan penting sebagai panduan dan rujukan untuk rundingan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China