Cari:
Pertahanan Kolektif Tumpuan Manifesto Pilihan Raya DPJ
2014-11-25 15:39:15 CRI Cetak
Parti Demokratik Jepun (DPJ) akan menarik balik resolusi kabinet Shinzo Abe bagi membatalkan larangan penggunaan hak pertahanan diri kolektif sekiranya parti itu menang dalam pilihan raya umum. Kenyataan itu dibuat oleh DPJ ketika membentangkan manifesto mereka untuk pilihan raya umum yang dijadualkan pada bulan Disember nanti.

DPJ dalam manifesto itu berkata, kabinet Abe secara paksa meluluskan Undang-undang Perlindungan Rahsia Tertentu dan resolusi membatalkan larangan penggunaan hak pertahanan diri kolektif tanpa menghiraukan pandangan umum dan Diet. Resolusi berkenaan perlu ditarik balik kerana ia melanggar Perlembagaan.

DPJ turut menekankan komitmen untuk mengekalkan prinsip pertahanan diri dan pasifisme, di samping memperbaiki hubungan dengan negara jiran.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan pembubaran Dewan Perwakilan pada 21 November lalu. Pilihan raya umum negara itu akan diadakan pada 14 Disember nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China