Cari:
China, ASEAN Terokai Kerjasama Baharu dalam Industri Perfileman dan TV
2014-11-28 14:34:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Minggu Kebudayan ASEAN 2014 telah menutup tirainya di Beijing pada 26 November lalu. Minggu kebudayaan kali ini memfokuskan kepada usaha mempererat kerjasama antara China dan negara anggota ASEAN dalam industri perfileman dan televisyen. Dalam tempoh minggu kebudayaan ini, perjanjian berhubung tiga filem ditandatangani. Pihak berkuasa dan ahli-ahli profesional berkenaan China dan negara anggota ASEAN amat menanti-nantikan kerjasama baharu dalam bidang industri perfileman dan televisyen.

Pengerusi Minggu Kebudayaan China-ASEAN, Puan Jasmine Kho, dalam ucapan perasmiannya berkata, China telah menjalinkan hubungan dialog dengan ASEAN selama 20 tahun. Kaedah berdialog dalam bidang kebudayaan amat signifikan bagi memperdalam hubungan persahabatan antara kedua-dua pihak pada masa depan. Beliau turut memperkenalkan program kerjasama dalam bidang pertukaran kebudayaan antara ASEAN dengan China dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Beliau berkata,

"Dalam tempoh tiga tahun yang akan datang, China dengan Malaysia, Indonesia, Thailand dan negara-negara anggota ASEAN yang lain merancang bekerjasama menghasilkan lima buah filem, antaranya termasuk dua filem buatan China yang digambarkan di negara anggota ASEAN, dua filem yang digambarkan bersama-sama oleh ASEAN dan China, satu filem lagi ialah filem cereka sains buatan Hollywood yang diterbitkan bersama oleh China, ASEAN, Eropah dan AS. Carta jualan tiket filem itu dijangka akan mencatat USD 150 juta. Dalam bidang televisyen, kami merancang bekerjasama dengan badan-badan pelancongan untuk menerbitkan dua program persembahan realiti yang menyasarkan pasaran China. Program ini bukan sahaja membolehkan penonton China lebih memahami dan menghayati pemandangan semula jadi dan kebudayaan tempatan di Asia Tenggara, malah juga menggalakkan kerjasama antara China dan ASEAN dalam sektor kebudayaan, kesenian, industri pelancongan, pelaburan komersial dan hartanah. Selain itu, kami sedang membuat persiapan untuk mengadakan aktiviti di luar bangunan di Taman Chaoyang, Beijing semasa berlangsung Minggu Kebudayaan ASEAN 2015 pada bulan Mei tahun depan."

Duta Besar Malaysia ke China, Iskandar Sarudin dalam ucapan perasmiannya berkata,

"ASEAN bukan sahaja merupakan destinasi pelancongan, tetapi juga tempat yang sesuai untuk menggambarkan filem dan drama TV. Dalam proses itu, saudara dapat lebih memahami kebudayaan di rantau ASEAN dan menyedari peluang apa akan didatangkan kepada China melalui kerjasama penggambaran filem dan drama TV di ASEAN. Kami amat menanti-nantikan lebih banyak program kerjasama penggambaran filem dan drama TV yang baharu dan program yang sedang dijalankan dapat membuahkan hasil. Kerjasama dalam industri tersebut dipercayai dapat memangkin pembangunan industri pelancongan antara satu sama lain."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China