Cari:
Harga Minyak Merudum
2014-11-29 15:20:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Harga minyak terus merudum di pasaran antarabangsa selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengumumkan keputusan untuk mengekalkan pengeluaran minyak pada 30 juta tong sehari. Harga minyak mentah untuk serahan hadapan di New York menurun lebih 10%. Harga minyak di pasaran antarabangsa jatuh kepada USD 67 setong, iaitu paras yang paling rendah sejak September 2009.

Selepas perbincangan selama 6 jam di Vienna pada 27 November, wakil-wakil dari 12 anggota OPEC menyatakan tidak akan bertindak mengurangkan pengeluaran petroleum bagi mengekalkan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Tenaga Rusia, Alexander Novak menyatakan bahawa turunnya harga minyak tidak akan memberikan impak yang besar kepada pasaran Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China