Cari:
Ganding Bahu Galak Pembangunan Damai Hubungan Rentas Selat
2014-11-30 15:06:55 CRI Cetak

Jurucakap Tanah Besar China menyeru rakyat setanah air di kedua-dua pantai Selat Taiwan melakukan usaha berterusan demi hubungan damai rentas selat, selepas Taiwan menyelesaikan pemilihan untuk pegawai kerajaan tempatan.

Seruan tersebut dibuat oleh jurucakap Jabatan Hal-Ehwal Taiwan Dewan Negara, Ma Xiaoguang semasa diminta mengulas tentang pemilihan tersebut yang keputusannya telah diumumkan semalam.

Datuk bandar, anggota parlimen, ketua pekan dan kampung di 22 buah bandar dan pekan Taiwan telah dipilih dalam pemilihan ini.

Antara 22 orang datuk bandar dan ketua pekan yang terpilih, 6 daripada Parti Kuomintang China, 22 daripada Parti Progresif Demokratik, dan 3 lagi merupakan calon bebas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China