Cari:
Rusia: Larangan Penerbangan Ukraine Tidak Sah
2014-11-30 16:00:36 CRI Cetak

Rusia mengecam tindakan Ukraine melarang penerbangan awam Rusia ke dua buah bandar utama Ukraine sebagai tidak manasabah dan haram serta melanggar perjanjian yang telah dimeterai kedua-dua negara.

Kementerian Pengangkutan Rusia dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi berkata, Jabatan Penerbangan Negara Ukraine dengan tiba-tiba membatalkan permit terhadap penerbangan berkala pesawat milik syarikat penerbangan Rusia ke Kharkiv dan Dnipropetrovsk di timur Ukraine. Permit itu adalah baru sahaja diberikan kepada syarikat penerbangan Rusia berkenaan.

Rusia menggesa pihak berkuasa penerbangan Ukraine menarik balik larangan penerbangan itu, dan melaksanakan kewajipan antarabangsa dengan bersungguh-sungguh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China