Cari:
Hampir 7,000 Maut Akibat Ebola
2014-11-30 16:47:52 CRI Cetak

Menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, jumlah kematian akibat wabak Ebola meningkat kepada sekurang-kurangnya 6,943 orang di barat Afrika. Angka ini jauh lebih tinggi daripada data yang diumumkan pada dua hari sebelum itu, iaitu 5,689 orang.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 16,203 orang telah dijangkiti Ebola sejak wabak itu mula menular di Guinea pada bulan Februari lalu.

Jurucakap WHO berkata, jumlah kematian terbaharu itu kemungkinan termasuk kes yang tidak dilaporkan sebelum ini, dan bukannya bermaksud kes kematian yang berlaku pada masa kebelakangan ini.

WHO percaya, angka kematian yang sebenar adalah lebih banyak daripada yang didaftarkan setakat ini berikutan terdapat kesulitan untuk mengumpul jumlah berkenaan.

Setakat ini, 592 orang anggota perubatan dijangkiti wabak Ebola, dengan 340 daripadanya maut.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China