Cari:
Ukranie Sangkal Bantuan Kemanusiaan Rusia Masuki Negaranya
2014-12-01 13:58:21 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menurut Agensi Berita Interfaks Rusia, konvoi bantuan kemanusiaan kumpulan kelapan Rusia buat kali pertama memasuki wilayah Ukranie selepas meluluskan pemeriksaan di pos pemeriksaan sempadan Matveyev Kurgan

dan Donetsk yang terletak antara sempadan Rusia dan Ukranie serta pemeriksaaan di kastam Ukranie pada 30 November lalu. Namun, pihak Ukranie menyangkal hal tersebut pada hari yang sama.

Jurucakap Jawatankuasa Keselamatan dan Pertahanan Negara Ukranie, Andriy Lysenko berkata, memandangkan wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) tidak menyertai misi bantuan Rusia tersebut, kakitangan pos pemeriksaan dan kastam Ukranie tidak dapat memeriksa dengan sebenar kargo Rusia tersebut.

Beliau dalam sidang medianya berkata, Rusia tidak akan menyediakan bantuan sebenar kepada rakyat di timur Ukranie. Sebahagian bahan makanan akan disediakan kepada kumpulan militan tempatan, manakala kebanyakan kargo berkenaan ialah kelengkapan senjata untuk kegunaan pertempuran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China