Cari:
Pungutan Suara Switzerland Tolak Tambah Rizab Emas
2014-12-01 15:19:10 CRI Cetak

Switzerland mengadakan pungutan suara mengenai usul peningkatan rizab emas semalam, keputusannya menunjukkan 77% pengundi menentang cadangan itu.

Menurut inisiatif yang bertema "Selamatkan Emas Swiss" itu, kuota emas dalam rizab mata wang Bank Nasional Swiss (SNB) ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada 20%.

Menurut keputusan yang diumumkan dalam lama web Switzerland, kira-kira 49.8% penduduk Switzerland menyertai pungutan suara tersebut. Inisiatif itu diveto dalam semua 26 buah negeri di negara itu.

Rizab emas per kapita Switzerland paling banyak di dunia. Emas merupakan 7% daripada rizab mata wang Switzerland. Kerajaan dan Parlimen Switzerland menganggap bahawa inisiatif tersebut akan menyekat kebebasan bank pusat dan juga tidak bermanfaat bagi bank pusat menjamin kestabilan harga dan mengawal pembangunan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China