Cari:
Mesyuarat Menteri Luar OSCE Debatkan Krisis Ukraine
2014-12-05 15:48:31 CRI Cetak

Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah(OSCE) mengadakan mesyuarat menteri luar di Basel, Switzerland semalam. Pelbagai peserta mengadakan perdebatan sengit tentang krisis Ukraine.

Pengerusi Bergilir OSCE yang juga Presiden Suruhanjaya Persekutuan Switzerland merangkap Menteri Luar, Didier Burkhalter mengutuk Rusia "mencerobohi Ukraine" dan mengakibatkan situasi keselamatan Eoropah menjadi teruk. Di samping itu, Menteri Luar Ukraine Pavlo Klimkin menganggap Rusia patut bertanggungjawab terhadap konflik di kawasan timur Ukraine yang semakin serius.

Setiausaha Negara A.S. John Kerry berpendapat, Rusia tidak melaksanakan Perjanjian Minsk dan menegaskan lagi A.S. dan negara yang menyokong Ukraine tidak ingin berlawan dengan Rusia.

Namun, Meneri Luar Rusia Sergei Lavrov menafikan tuduhan negara-negara barat terhadap Rusia dan menegaskan, OSCE patut berusaha untuk menyelesaikan krisis Ukraine. Penyelesaikan krisis itu bergantung kepada usaha bersama pelbagai pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China