Cari:
Obama: Operasi Serangan IS Dijalankan Perlahan Tapi Stabil
2014-12-06 15:14:09 CRI Cetak

Presiden A.S., Barack Obama mengatakan semalam bahawa operasi serangan ke atas kumpulan pengganas Negara Islam(IS) telah mencapai kemajuan yang stabil walaupun agak perlan.

Selepas ditemui Raja Jordan,Abdullah II di White House semalam, Obama menyatakan bahawa operasi serangan tentera ke atas IS adalah satu cabaran yang amat rumit dalam jangka masa yang panjang, tetapi tentu akan mencapai kejayaan.

Ketika membicarakan rundingan nuklear Iran, Obama menyatakan bahawa A.S. berharap perjanjian yang boleh diterima dapat dicapai dan pihaknya akan berusaha untuk matlamat itu dalam beberapa bulan akan datang.

Raja Abdullah II menyatakan bahawa Jordan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan secara muktamad isu Asia Barat, manakala memerangi kumpulan pelampau di seluruh dunia merupakan perjuangan bagi orang yang satu generasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China