Cari:
Poroshenko: Rundingan Disambung di Mensk Minggu Depan
2014-12-07 16:17:24 CRI Cetak

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko semalam mengumumkan, berdasarkan perjanjian yang dicapai dahulu, pihak-pihak perunding akan sekali lagi berkumpul di Mensk, Belarus Selasa nanti.

Beliau berharap agar rundingan kali ini dapat mendorong pelaksanaan pelan terperinci dalam perjanjian berkenaan yang dicapai dahulu.

Menurut media Ukraine, Petro Poroshenko yang sedang melakukan kerja tinjauan di timur negara itu menjelaskan matlamat pihak itu adalah menyediakan satu pelan terperinci berkaitan pelaksanaan Perjanjian Mensk, yang merangkumi tindakan menetapkan 9 haribulan Disember sebagai Hari Penghentian Bedilan Meriam, mengundurkan senjata berat dan menggunakan fungsi pemeriksaan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China