Cari:
Masyarakat China Tuntut Jepun Minta Maaf
2014-12-08 14:21:09 CRI Cetak

Persekutuan China bagi Penuntutan Pampasan dari Jepun (CFDC) baru-baru ini melalui Duta Besar Jepun ke China, Masato Kitera menghantar surat kepada kerajaan Jepun serta Perdana Menteri Shinzo Abe untuk mendesak kerajaan negara itu supaya memandang tepat sejarah, sekali gus meminta maaf kepada mangsa-mangsa China yang terkorban dalam Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing semasa Perang Dunia kedua serta memberikan pampasan yang sewajar kepada keluarga berkenaan.

Presiden CFDC, Tong Zeng menyatakan, kerajaan Jepun tidak pernah menawarkan permintaan maaf kepada 300 ribu nyawa yang terkorban dalam tragedi yang dahsyat itu sejak 77 tahun lalu. Bersempena dengan Hari Peringatan Ulang Tahun Ke-77 Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing yang jatuh pada 13 haribulan Disember, pemimpin Jepun dituntut pergi ke Dewan Memorial Pembunuhan Nanjing demi bertaubat di atas dosa besarnya dan meminta maaf.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China