Cari:
China, AS Perkasakan Kerjasama Penerbangan Awam
2014-12-08 14:22:40 CRI Cetak

China dan AS yang dikenali sebagai taikun penerbangan awam di dunia akan terus memperkasakan kerjasama tahun depan bagi meningkatkan tahap keselamatan penerbangan awam sejagat.

Pegawai dari Jabatan Penerbangan Awam China memaklumkan, kedua-dua negara dalam mesyuarat tahunan Jawatankuasa Pemandu Piawaian Penerbangan China-AS ke-18 yang berakhir Sabtu lalu mengimbas kembali hasil kerjasama tahun ini, sekali gus menetapkan pelan kerjasama berkenaan bagi tahun 2015, antaranya termasuk pembinaan sistem penyeliaan dan penganalisisan data-data antara syarikat penerbangan China-AS, kemampuan mengawal risiko, isu kelayakan juruterbang China di AS untuk ujian lesen menerbangkan pesawat serta penggunaan teknologi canggih dalam penyesuaian penerbangan dan pembaikan kerja keselamatan.

Wakil kedua-dua negara ini sebulat suara berpendapat bahawa kerjasama rapat yang sudah wujud sejak sekian lama itu seharusnya dipertingkat ke satu tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China