Upacara perasmian Konsulat Jeneral China ke Denpasar, Bali, Indonesia diadakan malam tadi. Penubuhan konsulat jeneral itu merupakan salah satu hasil terkini dalam kerjasama dan pertukaran antara kedua-dua negara. Konsulat jeneral itu akan menyediakan perkhidmatan kepada pelancong China yang melawat Pulau Bali dan memudahkan penduduk tempatan mengenali dan melawat China. Selain itu, penubuhan konsulat jeneral berkenaan akan meningkatkan kerjasama antara China dengan tiga provinsi di kawasan itu, iaitu provinsi Bali, Nusa Tenggara Barat dan Nusa Tenggara Timur dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pembinaan infrastruktur.