Cari:
Rundingan Nuklear Iran Pusingan Baharu di Geneva
2014-12-13 16:04:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Enam negara, iaitu A.S., Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman yang berkaitan dengan isu nuklear Iran akan mengadakan rundingan pusingan baharu dengan Iran di Geneva pada 17 Disember nanti.

Berdasarkan pengumuman Kesatuan Eropah (EU), 6 negara tersebut dan Iran akan mengadakan rundingan peringkat ketua pengarah selama satu hari untuk menggalakkan penyelesaian masalah nuklear melalui saluran diplomatik.

Media Iran melaporkan bahawa pelbagai pihak akan mengadakan interaksi dua hala pada mulanya, dan seterusnya akan menyaksikan semua masalah nuklear dibincangkan dalam rundingan baharu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China