Cari:
Li Keqiang Tiba di Belgrade
2014-12-16 13:02:39 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang tiba di Belgrade semalam. Beliau atas undangan Perdana Menteri Serbia Aleksandar Vucic, akan menghadiri pertemuan pemimpin negara-negara China-Eropah Tengah dan Timur Ke-3 dan mengadakan lawatan rasmi ke Serbia.

Selepas pertemuan dengan Vucic, Li Keqiang berkata pertemuan pemimpin China-Eropah Tengah dan Timur diadakan di Belgrade menandakan pentingnya kerjasama China-Serbia dalam kerjasama China dengan Eropah Tengah dan Timur. Lawatan beliau kali ini diharap dapat memperkukuh hubungan dua hala China-Serbia di samping menggalakkan kerjasama China dengan Eropah.

Sempena pertemuan pemimpin China-Eropah Tengah dan Timur, para pemimpin akan membincangkan keutamaan baharu dan penaiktarafan kerjasama China-Eropah Tengah dan Timur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China