Cari:
Li Keqiang: China Sedia Eratkan Hubungan dengan Eropah Tengah dan Timur
2014-12-17 11:14:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerjasama antara China dengan negara-negara Eropah Tengah dan Timur merupakan komponen penting dalam mekanisme kerjasama China-Kesatuan Eropah (EU). Ia bukan sahaja bermanfaat bagi China dan negara-negara Eropah Tengah dan Timur, malah juga dapat membantu menggalakkan proses integrasi dan pembangunan seimbang Eropah serta pembesaran EU.

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyatakan demikian dalam sidang media memperkenalkan hasil yang dicapai dalam Pertemuan Pemimpin China-Eropah Tengah dan Timur Ke-3 yang diadakan di Belgrade, Serbia semalam.

Beliau berkata, China bersedia terus mengeratkan hubungan antara China dengan negara-negara Eropah Tengah dan Timur. 

Perdana Menteri Serbia, Aleksandar Vucic yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, kerjasama antara negara-negara Eropah Tengah dan Timur dengan China dapat membantu pembangunan dan kemakmuran serantau, dan juga bermanfaat bagi hubungan Eropah dan China berkembang secara menyeluruh. Pertemuan kali ini yang merangka hala tuju kerjasama dua hala pada masa depan amat berhasil. Pihaknya bersedia bersama-sama China untuk melaksanakan hasil pertemuan tersebut demi mendorong hubungan dan kerjasama kedua-dua pihak mencapai kemajuan yang lebih besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China