Cari:
UNSC Lanjutkan Mandat Misi Pembantu PBB di Syria
2014-12-18 13:33:15 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) semalam meluluskan resolusi yang melanjutkan mandat kepada badan hak asasi manusia PBB dan rakan kerjasamanya untuk menjalankan misi memberikan bantuan kepada rakyat Syria sehingga 10 Januari 2016.

Menurut resolusi itu, badan hak asasi manusia PBB dan rakan kerjasamanya berhak menggunakan laluan merentasi garisan berkonflik, dan empat pusat keluar masuk sempadan antara Syria dengan Turki, Iraq dan Jordan untuk menghantar barang bantuan ke pelbagai tempat di Syria, dengan prasyarat memaklumkan pihak berkuasa Syria.

Menurut resolusi itu, situasi kemanusiaan amat serius di Syria. Kini ada 12.2 juta orang amat memerlukan bantuan kemanusiaan. Pada lima bulan kebelakangan ini, seramai sejuta orang lagi kehilangan rumah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China