Cari:
Putin: Ekonomi Rusia Berada di Landasan yang Betul
2014-12-19 12:14:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam menyatakan bahawa ekonomi Rusia masih berada di landasan yang betul dan pasti akan keluar daripada kesukaran buat masa ini. Beliau berkata demikian dalam sidang medianya semalam.

Rasa kebimbangan terhadap ekonomi Rusia tercetus ekoran kadar pertukaran Rouble menurun besar baru-baru ini. Putin menjelaskan kebuntutan ekonomi domestik berpunca daripada faktor luar seperti sekatan ekonomi oleh beberapa negara Barat. Rusia dijangka dapat keluar daripada kebuntutan ekonomi dalam tempoh dua tahun.

Ketika mengulas krisis Ukraine, Putin berkata Rusia bersedia memainkan peranan penyelaras dalam penyelesaian krisis itu, di samping terus memberikan bantuan penduduk di kawasan timur Ukraine.   

Ketika menyebut hubungan tegang dengan Barat, Putin berkata Rusia akan mempertahankan kepentingan negara selain mengembangkan hubungan yang normal dengan rakan-rakan Barat berasaskan prinsip saling menghormati.

Apabila memperkatakan hubungan dengan China, beliau berkata, China merupakan rakan dagang terbesar bagi Rusia. Kedua-dua negara akan mempelbagaikan struktur perdagangan dan giat mendorong kerjasama dalam bidang teknologi canggih seperti angkasa lepas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China