Cari:
Rusia Kecewa AS Sokong Kebebasan Ukraine
2014-12-20 15:39:32 CRI Cetak

Rusia menyampaikan rasa kecewa terhadap tindakan Presiden A.S., Barack Obama yang menandatangani "Akta Menyokong Kebebasan Ukraine" demi meningkatkan lagi sekatan terhadap Rusia.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar Rusia, Alexander Lukashevich semalam. Menurut beliau, akta itu sebenarkan tidak berkaitan dengan "menyokong kebebasan Ukraine", sebaliknya bersifat provokasi yang tidak dapat diterima oleh pihak Rusia. Lukashevich berkata, akta tersebut mencerminkan bahawa pihak yang mempunyai kuasa perundangan di A.S. inginkan hubungan dengan Rusia terputus untuk jangka masa panjang.

Beliau menyatakan bahawa keputusan politik A.S. ini umpama sebiji periuk api kepada hubungan Rusia-A.S., ia akan menjadikan koordinasi antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang mustahil dijalankan. Rusia akan mengambil tindakan balas sewajarnya berdasarkan pelaksanaan akta tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China