Cari:
China Bantah Keras AS Jual Kapal Pelindung kepada Taiwan
2014-12-20 15:57:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China mengemukakan bantahan keras kepada AS kerana menjual kapal pelindung peluru berpandu "kelas Perry" kepada Taiwan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang dalam sidang media di Beijing semalam.

Presiden AS, Barack Obama telah menandatangani akta penjualan senjata tersebut kepada Taiwan.

Qin Gang berkata, isu Taiwan berkaitan dengan kepenting teras China dan sentiasa merupakan isu yang paling penting dan sensitif antara hubungan China dengan AS. Pendirian China yang menentang AS menjual senjata kepada Taiwan adalah tegas dan konsisten. Tindakan AS itu dianggap campur tangan dalam politik domestik China di samping menjejaskan hak kedaulatan dan kepentingan keselamatan China.

China menggesa AS mematuhi dasar satu China dan prinsip tiga pengumuman bersama China-AS, menghentikan pertukaran ketenteraan dan penjualan senjata terhadap Taiwan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China