Cari:
Wang Yi, Kerry Bincang Hubungan China-AS
2014-12-22 17:07:48 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi bertukar-tukar pendapat tentang hubungan China-AS dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry, menerusi telefon malam tadi.

Wang menyatakan, pertemuan pemimpin China-AS pada bulan lalu amat berhasil, sekali gus menyuntik semangat baharu kepada pembangunan hubungan model baharu antara kuasa besar. Tahun depan ialah ulang tahun ke-70 penubuhan PBB dan ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II. Bersempena dengan peluang tersebut, China berharap kedua-dua negara dapat melaksanakan persepakatan yang telah dicapai dengan bersungguh-sungguh, memperkasakan pertukaran lawatan, penyelarasan dan kerjasama, menghormati kepentingan utama dan keprihatinan antara satu sama lain bagi menggalakkan hubungan dua hala mencapai kemajuan yang lebih besar pada tahun depan. Wang turut menegaskan semula prinsip dan pendirian China dalam isu Taiwan.

Dalam perbincangan itu, Kerry telah menjelasan pandangan AS mengenai kes penggodaman syarikat perfileman, Sony. Wang menegaskan bahawa China menentang sebarang bentuk serangan siber dan keganasan melalui internet, termasuk tindakan mana-mana negara atau individu mengeksploitasi kemudahan negara lain untuk melakukan serangan siber terhadap negara ketiga.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China