Cari:
DPRK Nafi Godam Sony
2014-12-22 12:49:26 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK)semalam sekali lagi menafikan mereka terlibat dalam serangan siber terhadap studio perfileman, Sony Pictures Entertainment (SPE), di samping menuntut AS memohon maaf atas fitnah terhadap DPRK dalam hal ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pertahanan DPRK itu, orang yang bernama "pembela kedamaian" dikatakan telah mengaku melancarkan serangan siber terhadap syarikat SPE. Walaupun DPRK tidak mengetahui siapa dan di mana orang tersebut, namun mereka pasti orang itu menyokong dan bersimpati dengan DPRK.

Kenyataan itu menyebut, filem "The Interview" keluaran SPE telah menghasut pembunuhan terhadap pemimpin sesebuah negara yang berdaulat dengan cara yang keji, malah berniat menghalalkan serangan pengganas. DPRK mempunyai cukup bukti yang menunjukkan kerajaan AS terlibat dalam penerbitan filem tersebut.

"The Interview" ialah sebuah filem yang diterbitkan oleh syarikat SPE yang berpangkalan di California AS pada tahun ini. Filem itu mengisahkan tentang Agensi Perisik Pusat (CIA) mengupah pembunuh untuk membunuh pemimpin DPRK, Kim Jong-un. SPE membatalkan penayangan filem itu di Amerika Utara yang dijadualkan pada Hari Natal selepas mengalami serangan siber.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China