Cari:
Lawatan Presiden Xi ke Makau Jadi Tumpuan Media Asing
2014-12-22 12:50:37 CRI Cetak

Kehadiran Presiden China, Xi Jinping dalam majlis memperingati ulang tahun ke-15 Makau dikembalikan kepada tanah air, menjadi tumpuan media asing, yang menganggap lawatan berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan pusat untuk mengekalkan dasar "satu negara dua sistem", dan mendorong transformasi Makau ke arah kepelbagaian ekonomi.

Akhbar "The Straits Times" Singapura dalam artikelnya berkata, Presiden Xi ketika berucap dalam majlis pada 20 Disember lalu itu memberikan penghargaan kepada ketegasan dan kesungguhan Makau dalam melaksanakan dasar "satu negara dua sistem", di samping menyifatkan dasar itu sebagai keperluan bagi mewujudkan kemakmuran dan kestabilan yang berkekalan di Hong Kong dan Makau serta selaras dengan kepentingan pelabur asing.

Agensi Berita Reuters Britain dalam laporannya pula berkata, Presiden Xi dalam ucapannya memberi isyarat yang sangat jelas, iaitu ekonomi Makau tidak seharusnya bergantung pada industri perjudian sahaja. Makau disarankan meneroka kaedah pembangunan baharu dengan mengoptimumkan industri kebudayaan, kesukanan dan jualan runcit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China