Cari:
Masyarakat Awam Hargai Pelaksanaan Dasar Satu Negara Dua Sistem di Makau
2014-12-22 14:32:22 CRI Cetak

20 Disember lalu merupakan hari peringatan ulang tahun ke-15 pengembalian Makau ke Tanah Air China, Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan dalam majlis sambutan itu. Beliau telah menyanjung tinggi hasil yang dicapai dalam pembangunan Makau sejak 15 tahun yang lalu serta kejayaan pelaksanaan dasar "Satu Negara Dua Sistem" di Makau.

Sarjana dan media asing menganggap bahawa dalam tempoh 15 tahun yang lalu, Makau telah mengekalkan kemakmuran dan kestabilan, sekali gus membuktikan model "Satu Negara Dua Sistem" di Makau amat berjaya dan prospek pembangunan Makau amat cerah. Mereka turut berpendapat, lawatan Presiden Xi ke Makau dan ucapan beliau berfaedah untuk memperkukuh perpaduan antara sanak saudara Makau dengan rakyat di tanah air dan meningkatkan keyakinan penduduk Makau terhadap masa depan Makau.

Ketua Penyelidik Kumpulan Kewangan Sejarah Asia Timur Laut Republik Korea menyatakan bahawa berdasarkan konsep "Satu Negara Dua Sistem" dan "Orang Makau Mentadbir Makau", sosioekonomi Makau berkembang dengan baik. Fakta membuktikan bahawa dasar ini benar-benar boleh dilaksanakan bahkan mempunyai jiwa yang kuat.

Akhbar Straits Times Singapura menyiarkan rencana bahawa Presiden Xi Jinping dalam upacara angkat sumpah kerajaan pengggal ke-4 Wilayah Pentadbiran Khas Makau menegaskan bahawa masyarakat Makau perlu bersatu padu dan juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi kesukaran pada masa depan. Beliau menggalakkan rakyat Makau dengan berkata, asal sahaja memahami dengan tepat dan melaksanakan dengan menyeluruh dasar "Satu Negara Dua Sistem", mentadbir dan mengurus hal ehwal berdasarkan Undang-undang Asas, Makau tentu akan mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Naib Ketua Editor Akhbar Oriental Daily News Malaysia menyatakan bahawa dalam tempoh 15 yang lalu, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial telah mencapai hasil di Makau, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Makau menduduki tempat terdepan di Asia bahkan di dunia. Kerajaan Makau menjalin hubungan yang erat dan baik dengan kerajaan pusat China, masyarakat awam mempunyai harapan tinggi terhadap pembangunan Makau, prospek pembangunan Makau amat cerah. Ini juga membuktikan kerajaan pusat China telah mematuhi janjinya dengan mengekalkan dasar "Satu Negara Dua Sistem" di Makau.

Agensi Yonhap News Republik Korea melaporkan bahawa Xi Jinping pernah banyak kali melawat Makau dengan status yang berbeza. Setiap kali bertemu dengan tokoh-tokoh pelbagai kalangan masyarakat Makau, belaiu menegaskan hubungan sanak saudara setanah air. Keprihatinan beliau terhadap Makau mendapat sambutan rakyat Makau. Dalam tempoh lawatan beliau ke Makau kali ini, Presiden Xi telah menegaskan dasar "Satu Negara Dua Sistem" dan keazaman kerajaan pusat untuk menyokong pembangunan sosioekonomi Makau. Lawatan beliau berfaedah untuk memperkukuh keyakinan rakyat Makau terhadap masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China