Cari:
Menteri Luar: Diplomasi Bercirikan China Dikekalkan
2014-12-24 17:20:47 CRI Cetak

Usaha diplomasi bercirikan China bertujuan untuk meneroka pembangunan yang berlainan daripada kuasa besar sedia ada. Demikian yang ditegaskan oleh Menteri Luar China, Wang Yi, ketika berucap dalam majlis perasmian Seminar Mengenai Situasi Antarabangsa dan Diplomasi China 2014 hari ini.

Wang Yi berkata, China mengekalkan dasar luar yang berkecuali dan damai, dan Lima Prinsip Hidup Bersama secara Damai. Dasar luar negara ini hendaklah disempurnakan mengikut keadaan semasa, serta menyemarakkan semangat keadilan dan kesaksamaan.

Menyentuh tentang pembangunan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, Wang berkata bahawa semangat saling mempelajari dan hidup bersama secara damai diutamakan dalam usaha tersebut. Hal tersebut penting bagi meningkatkan kerjasama saling menguntungkan dengan negara Asia dan Eropah di sepanjang laluan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China