Cari:
Putin: Keselarasan Tindakan  Perlu bagi Jamin Keselamatan Serantau
2014-12-24 15:27:48 CRI Cetak

Mesyuarat Majlis Tertinggi Kesatuan Ekonomi Eurasia (EEU) dan mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) diadakan di Moscow semalam. Kedua-dua mesyuarat itu dihadiri oleh pemimpin dari 6 negara iaitu Rusia, Belarus, Kazakhstan, Armenia, Kyrgyzstan dan Tajikistan. Pelbagai pihak mencapai persetujuan tentang keanggotaan Kyrgyzstan ke dalam EEU bermula 1 Mei tahun depan.

Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika berucap dalam mesyuarat CSTO itu berkata, sistem keselamatan dunia sedang mengalami perubahan berikutan masalah yang sedia ada terus memburuk, di samping timbulnya masalah baharu. Sehubungan dengan itu, negara anggota CSTO perlu melaksanakan tindakan yang bersepadu bagi memelihara keselamatan serantau.

Tambah beliau lagi, kumpulan militan Negara Islam (IS) sudah menyusup masuk ke Afghanistan dan berkemungkinan akan melebarkan sayap ke rantau Asia Tengah. Negara anggota CSTO perlu mengambil tindakan pantas bagi menghapuskan ancaman itu, selain meningkatkan pemantauan di kawasan sempadan Tajikistan-Afghanistan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China