Cari:
Abe Percepat Kelulusan Undang-undang Berkaitan Pertahanan Kolektif
2014-12-25 14:37:04 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ketika membentangkan polisi pentadbiran kabinet baharu di Tokyo malam tadi mendakwa beliau akan melobi sokongan agar undang-undang berkaitan hak pertahanan diri kolektif diluluskan dalam mesyuarat Diet pada tahun depan.

Dalam aspek polisi domestik, Abe berkata, tugas utama kabinet baharu Jepun adalah untuk menggalakkan dasar ekonominya mencapai kejayaan. Beliau berjanji kabinetnya akan memperkenalkan dasar ekonomi baharu untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana, serta mempercepat pembangunan semula di kawasan bencana.

Dalam hal-ehwal luar pula, Abe menegaskan bahawa Jepun akan mengadakan dialog dengan China di pelbagai peringkat, menyeru pemimpin Jepun dan Republik Korea mengadakan rundingan, serta terus mengadakan dialog dengan Rusia bagi menggalakkan negara itu memainkan peranan yang bersifat membina dalam isu Ukraine.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China