Cari:
Kerjasama Turki, Iraq Banteras IS
2014-12-26 14:23:46 CRI Cetak

Turki dan Iraq akan mengetepikan perselisihan bagi meningkatkan kerjasama untuk membanteras kumpulan pelampau Negara Islam (IS).

Persetujuan itu dicapai oleh Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu dan rakan sejawatnya dari Iraq, Haider al-Abad, dalam sidang media bersama selepas mesyuarat Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi Turki-Iraq di Ankara semalam.

Al-Abad menyatakan Iraq tidak mengizinkan mana-mana kumpulan pengganas menjejaskan Turki, dan sudah bersiap sedia untuk mengukuhkan kerjasama dengan negara itu bagi menghadapi sebarang ancaman. Iraq mahu memperbaiki hubungan dengan Turki. Tambah beliau, Iraq bersedia untuk menjual sumber tenaga melalui Turki ke pasaran antarabangsa.

Davutoglu berkata, Turki dan Iraq akan memperkasakan kerjasama ketenteraan, termasuk membantu melatih pasukan tentera Iraq untuk membanteras IS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China